Tuesday, May 15, 2012

13hb Mei 2012

Dah lama betul tak melawat blog ni, mulai hari ni insya allah ia akan aktif semula. Cik Abang berjuang membangunkan ekonomi di Iraq pula, semoga yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Hari Ahad , 13hb Mei adalah hari istimewa untukku , suamiku dan keluarga. Hari itu ialah hari ibu dan pada hari itu juga Cik Abangku berangkat ke Dubai. Alhamdulillah dah sampai dan sedang menunggu permit kerja.Selain dari itu, ia juga istimewa kerana aku dirapatkan semula dengan Qamarul, anak sulong kami. Alhamdulillah juga kami berjumpa dengan Angah ditemani oleh mama dan baba baru , Datu Abdul Rahman Saari dan Datin. Segala tulisan dan coretan sms masih jelas, dan hati ini masih belum bersedia untuk rapat. Walaupun aku dah memaafkan dia setiap hari. Adakah dia tidak memaafkan aku? Aku hanya berserah sahaja kepada Allah. Aku bersyukur kerana dia telah bertemu dengan apa yang dia kejar, kemewahan dan kesenangan. Aku tidak mampu beri semua tu. Angah cantik sangat dengan pakaian mahal, muka yang licin bak putih telur dan gigi braces. Hati ini mula terdetika adakah segala peristiwa misteri yang berlaku ini ialah rekaan semata-mata. Semoga Allah menunjukkan kebenarannya dan semoga anak ini diselamatkan daripada menjadi seorang yang licik....

No comments:

Post a Comment