Semalam , Selasa , 20 April 2010, merupakan tarikh kelahiranku. Setiap tahun aku menyambutnya dengan penuh syukur ke hadrat Allah kerana Allah masih mengizinkan aku bernafas di buminya yang indah dan penuh rahmat. Tetapi, kali ini ia sangat berbeza kerana ia merupakan hari kelahiranku yang ke 40. Sejak seminggu yang lalu, aku mula berfikir dan merenung, apakah yang telah aku lakukan selama ini? Usia perkahwinanku baru 11 tahun. Aku dah berkhidmat dengan UKM selama 16 tahun. Berapa lama aku dah solat? Berapa lama aku dah puasa? Berapa banyak amal jariah yang telah aku tunaikan? Aku cuba memujuk diriku, yang lepas biarlah ia berlalu, yang mendatang jadikanlah ia petunjuk untuk aku mengubah sempadan imanku.
"Ya Allah! Aku bersyukur di atas segala rahmat yang Engkau telah berikan kepadaku, namun hambaMu ini selalu alpa dan lalai dalam mensyukuri nikmatMu, ampunilah aku ya Allah. Ya Allah Engkau kurniakan aku taufik dan hidayah supaya aku dan keluargaku sentiasa beribadah kepada Mu, sentiasa membuat kebajikan kepada manusia. Ya Allah! Lindungilah kami dari gangguan jin, syaitan dan manusia."
Aku cuba jadikan usia midiku penuh indah dengan amalan tahajud dan zikrullah juga membuat kebajikan dan amal jariah kepada keluarga dan manusia.
No comments:
Post a Comment