Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan

Berlalu sudah eidul adha....setiap kali tabir dialukan ...hati aku sayu...hati aku rindu....pada mak yang telah pergi untuk selamanya. Walaupun aku ada suami, anak-anak...aku sunyi ...aku rasa sepi...tanpa ada orang suruh buat tu buat ni...Ya Allah engkau golongkan ibu aku dalam golongan orang-orang yang beriman dam masukkanlah dia ke dalam syurga firdausmu...aku teringat saat bersama mak semasa mengerjakan haji...manisnya saat itu...entah bila aku dapat menjenguk rumah mu lagi ya Allah....tiba-tiba hati ini jadi rindu...jadi sayu...bila teringat rumahMu...Y a Allah aku ingin menjadi tetamu Mu lagi....izinkanlah...masih terasa kehangatan bumu arafah...masih tercium bau debu di Muzdalifah dan Mina...rindunya saat itu...sujud di bawah pancuran emas...tenangnya saat bersolat di taman syurga...harumnya...taman Mu ya allah...Aku bersyukur kerana aku menjadi tetamu Mu dalam usia yang muda...aku selalu ingat kepadaMu bila aku diuji dengan pelbagai dugaan ...aku tahu segala ujian ini adalah kafarah untuk segala dosa yang aku lakukan...Ya Allah Engkau masukkanlah aku ke dalam syurga Mu tanpa hisab...aku rindu pada Mu Ya Allah..hanya kepada Engkau tempat aku mengadu...aku redha dengan ujian Mu, ujian Mu adalah makanan bagi ku....Ya Allah Engkau lepaskan aku dan suami aku daripada belenggu hutang. Engkau tutuplah pintu hatinya untuk berhutang...aku ingin menemui Mu ya Allah...aku rindu kepada Mu ....hati ini sentiasa bersyukur dan aliran darah ini sentiasa mengingati Mu.....

Sunday, October 31, 2010

Bulan November penentu segalanya

Hari ini ialah 1 hb November. Bulan yang paling mendebarkan untuk aku. Ya Allah!Kurniakanlah aku kekuatan dan semangat untuk menyelesaikan tesis yang hampir siap ini. Ya! Allah kurniakanlah aku taufik dan hidayah untuk aku menyiapkan tesis yang sempurna...complete thesis. Tabahkan hatiku, kuatkan semangat...sikit lagi.....sabar....kuatkan azam ...bulatkan tekad....segulung Phd...menanti di depanmu...tanggungjawab...kewajipan...suami...anak-anak...abang On...amanah arwah mak...amanah Prof Aisyah...amanah Dr Anisah...Ya ! Kuatkan aku....Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik teman dan sebaik-baik tempat berlindung....

Saturday, October 30, 2010

Cabaran mendidik anak yang datang haidh awal

Ya Allah ampunkan aku...aku tidak bermaksud hendak mendoakan kak ja macam tu...aku geram....aku redha dia macam itu, dan aku harap dia juga redha dan sayang kepada dirinya macam tu....

Sunday, October 17, 2010

Azam baru

Pagi semalam seronok sangat...cari buku dan data di PTSL, balik pukul 2 petang. Kak Da beri tempoh untuk aku siapkan Bab 4 hingga hari ini , Ahad- 17/10/10. Insya allah aku cuba untuk siapkan. Kak Jah dan adik pulak diajak oleh emak Anati untuk pergi konsert di Istana Budaya. Aku dengan senang hati melepaskan mereka . Sebelum mereka pergi, kak Jah asyik merungut tentang Syeikh Mohamad Azhar yang disebut oleh Fadhil, seorang insan yang diberi anugerah boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. Beliau beritahu makhluk Allah ini tinggal ditapak rumah aku dan mereka nak jaga kami sekeluarga. Aku berserah aje...mereka tu makhluk Allah juga...asal tak kacau emosi dan fizikal kami sudah..Tapi kak Jah macam keliru. Dia tak boleh terima , makhluk lain dalam rumah kami...dan abah pulak beritahu kak Jah tulis sesuatu yang ,mengaibkan dalam FB nya...sial...astagfirullah hal azim...aku senyap , abah dia yang mengamuk...aku semakin faham dgn sikap suami aku...cuba angah yang buat , bogel di internet pun dia sedikit pun tak tegur...alasan tiada ibu...tak apa tak malu...pun...biasa...itulah perangai suami aku...yang lebih teruk lagi...boleh dia cakap dengan Fadhil dan Wan, dia malas nak kerja kat Esso,dia nak berniaga...aku dah muak bosan dan nak muntah dengan perangai suami aku ni...baru 2 bulan kerja dah nak berhenti...cuba dia sabar di MFI dulu tentu dia dah berjaya sekarang. Aku terima dengan dugaan ini. Perangai suami aku ni dahlah suka tukar kerja, suka buat hutang...aku ni sejak kahwin sampai sekarang tukang bayar hutang dia...sekarang ni hutang dia mencecah 200 ribu. mula-mula -gadai tanah di kelantan, lepas tu gadai rumah yang kami duduk, lepas ni aku tak tahu apa lagi...aku sedar masa aku nak kahwin dengan dia dulu, dia cakap dia banyak hutang...aku kahwin juga dengan dia sebab aku yakin itulah pilihan Allah untuk aku...sebab tu aku sabar dan bertahan sampai sekarang. Kadang-kadang aku nak cakap je...duit yang arwah isteri dia tinggalkan untuk anak-anak tu, gunalah untuk bayar hutang piutang tu...sebab punca sebenar hutang bermula dari arwah ni juga...tapi aku waras lagi insya allah aku orang Islam....aku ada iman ....duit itu adalah duit anak yatim...jangan makan harta anak yatim-NERAKAlah jawabnya...biarlah aku berkorban kerana aku nak masuk syurga firdaus...bukan senang hoo banyak ujian betul , Tapi bak kata Maher Zain, insy allah , He will show the way.....Mungkin usia 40 ni aku kena berubah...aku kena fikir tentang diri aku..yg penting aku siapkan tesis aku, submit , mudahan Allah cepatkan VIva, dapat Phd dengan cemerlanmg without correction,aku nak mohon jadi reserach fellow di Harvard University. Aku pasrah aku akan go for it...biarlah aku kena tinggal anak dan suami lima bulan...untuk masa depan kami juga...aku berserah pada Allah atas segalanya...Aku nak jadi Profesor Wanita Cemerlang di dunia......insya allah.

Tuesday, September 7, 2010

Urusan Pembinaan kepuk dan perletakkan batu nisan

Alhamdulillah , pada 27 Ramadahan bersamaan 6 September semalam, kepuk untuk kubur arwah mak dan abah telah selamat dipasang dan batu nisan untuk arwah mak. Kedua-dua kepuk dan batu nisan telah ditaja oleh Puan Rozita dan anak-anak.Aku hanyalah jurucakap. Kepuk dan batu nisan telah diuruskan oleh Rahmat Bahagia Batu Nisan Enterprise. Itulah tanda kenangan kepada kami sekeluarga untuk arwah mak dan abah. Kali terakhir kami jumpa mak hari Selasa....mak meninggal hari Khamis...insya allah kita jumpa di syurga firdaus......

salam syawal silaturrahim

Aku meletakkan tajuk syawal dan silaturrahim untuk entri kali ini. Banyaknya ujian dari Allah yang datang di 10 malam terakhir ini. Ujian pertama ialah ujian menyiapkan Phd aku....insya allah aku positif aku akan menyiapkan tesis ini tepat pada masanya. Ujian kedua ...aku period pulak...setelah 6 bulan tidak period, rasa sunyinya bila tidak solat, rasa tidak selesa...rasa tidak seronok bila tidak berpuasa...tapi alhamdulillah tentu ada hikmahnya kenapa aku period. Ujian ketiga ialah kertas projek Shahizan, aku cuba tolong dia dan ajar dia tapi...Allah juga yang menentukan dan mengizinkan segalanya, akhirnya aku serahkan kepadanya untuk buat formatting dan lihat contoh kertas projek bahasa Melayu sahabat yang lain. Ujian keempat, mengenai abang On, arwah memang telah mengamanahkan aku menjaga abang On, aku senyum sahaja, rupanya banyak ujian yang perlu aku tempohi dan lalui untuk menjaga dia. Alhamdulillah aku masih ada Busu Atan dan Kak Siti serta Mat dan adaik-adiknya untuk aku mohon bantuan melihat abang On dan menghantar duit untuk abang On atau abang On datang ambik duit dari mereka. Kemuncak perkara ialah hari Ahad baru ni, abang On mendesak mintak duit dan mengugut aku supaya hantar duit sebab dia lapar dan tiada makanan. Aku berserah pada Allah. Alhamdulillah malam sebelumnya aku dah telefon Mat dan certitakan segalanya dan Mat pun dah ceritakan segalanya. Aku diberitahu bahawa kak Ibah telefon Sg Suloh supaya hantar duit kepada abang On kerana mereka tiada kenderaan. Itulah kakak iparku....kakak keduaku pulak tak sudah-sudah berdendam dengan abang sulongku....kakak yang atas aku pulak seorang isteri yang solehah yang bersuamikan seorang manusia yang tidak ada perikemanusiaan terhadap ibu dan adaik beradik isterinya. Kenapa aku cakap macam ni?sepanjang mak aku sakit, dia tidak pernah datang, bila mak meninggal, semasa majlis tahlil dia tidur dalam kereta...malam tu dia tidur rumah mak- mungkin nak privacy bersama isterinya...sebab esok petangnya nak pergi Australia nanti lama tak dapat...begitulah seorang manusia yang berpendidikan tinggi tetapi sangat rendah nilai budinya terhadap ibu mertua dan adik-beradik iparnya. Ya Allah Engkau bukakanlah pintu hati abangiparku ini supaya kembali bersilaturrahim dan perasaan belas kasihan dihatinya terhadap insan lemah yang lain...Tinggallah aku...Aku redha dengan segala ujian dan cubaan ini kerana semua ujian dan cubaan ini datangnya daripada Allah. Ya allah masukkanlah kami kedalam syurga fidausMu tanpa hisab.....jangnalah kau masukkan kami kedalam api nerakaMu...Amin

Wednesday, September 1, 2010

Independence Day


It's been awhile I have not scribble anything here. Time passed so fast. Today is the 1st of September...I promised kak Da I will submit final draft on Monday...Dear Allah...please assist me...please grant me taufik and hidayah for me ....to finalize my thesis...I want to start a fresh after raya......I will take opportunity in these last 10 days of Ramadan to pray from Alllah...to seek easiness for me to finish my thesis..AMin amin Amin....
*pic taken from tudung butul.

Thursday, August 26, 2010

Salam Ramadhan

Lamanya tak update blog ni, sebenarnya banyak kisah yang hendak diceritakan.tapi jari ini terlalu menjauh untuk menaip...hari ni dah masuk 16 Ramdahan..sedihnya cepat betul ia akan berlalu...adakah ini Ramadahan terakhirku hanya Allah yang tahu.....Tahun lepas adalah Ramadahan terakhir bersama mak tersayang. Alhamdulillah Allah telah gerakkan aaku untuk bercuti dan berpuasa bersama -sama mak...kebetulan anak-anak cuti sekolah. Kenangan tersebut tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila...buka bersama sahur bersama...aku cat rumah .....mak suka sangat ...tapi rupanya itulah Ramadhan terakhir bersama mak....Ya Allah engkau masukkanlah mak ke dalam syurga Firdaus....

Thursday, August 5, 2010

Kesabaran hari ni Kejayaan hari esok

Kesabaran hari ini kejayaan hari esok...Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani, dia tidak akan biarkan kita menderita selamanya...Insya allah berkat kesabaran kita hadapi kesusahan hari ini, esok akan diberi senyuman yang membahagiakan...
Alhamdulillah pagi ni dapat selesaikan banyak perkara:
a. Renew Insurance dan Road Tax kereta Wira WFG2121 RM310
b. Buka Akaun May bank untuk masukkan duit Abang Onn- Duit Khairat Emak RM300 Duit kak Ita RM200 =Total RM500
c. Bayar Bil api, air rumah Kg Istana dan bil astro etc- rumah Bangi RM202.20
Semuanya guna duit di Tabungan aku. Aku tak nak susahkan suami, aku tahu dia pun sedang susah juga, aku akan cuba minimizekan financial responsibility dia selagi aku terdaya. Aku buat ni semuanya untuk mendapat keredhaan Mu Ya Allah...Tabahkanlah hatiku menghadapi ujian hidup ini, murahkanlah rezeki kami sekeluarga...Masukkanlah kami ke dalam syurga jannatul Firdaus..syurga tertinggi...jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang soleh dan solehah dan pertemukan mereka dengan jodoh yang soleh dan solehah dan keturunan kami Ya allah..lindungilah kami dari gangguan jin syaitan dan fitnah manusia..Sesungguhnya aku tiada harta ya Allah tapi aku hanya ada Engkau Ya Allah Penolong ku Pemberi Rezeki dan Segala-galanya untukku...Alhamdulillah Syukur.......

Wednesday, August 4, 2010

bab dalam buku Penyelidikan Tindakan : Pengajaran dan pembelajaran di Universiti

Alhamdulillah dapat email mengatakan manuskrip bertajuk Kajian Semula Pengajaran dan Pembelajaran Undang-undang Kewangan Islam Dalam memenuhi Tuntutan Sistem Kewangan Islam di Malaysia telah diterima untuk diterbitkan dalam bentuk penerbitan buku dan bakal dilancarkan sempena Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM ke 2 pada 11 Disember nanti. Semalam aku pun pulun baiki dan tambah apa yang patut...Alhamdulillah aku semakin faham apa itu Penyelidikan Tindakan. Ya Allah Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...syukur...Teringat aku setahun yang lalu , aku telah dihentam habis-habisan oleh 2 lagi rakan penyelidik , Terimakasih kepada Prof Rohimi, Dr Rooshida yang telah menenagkan aku...juga Suami dan anak-anak..aku tidak akan lupakan semua ...Alhamdulillah....

Monday, August 2, 2010

Majlis Tahlil Arwah Bonda Yang ke 40 hari

Alhamdulillah majlis tahlil untuk arwah bonda yang ke 40 hari telah selamat dijalankan pada hari Sabtu 31 hb Julai 2010 diNo. 2 Jalan Anggerik Kg Istana Batu Pahat Johor. Aku hanya sebagai pengatur sahaja, segala pembayaran dibuat oleh kak ita dan keluarga - Cathering makanan - 1 kepala RM 9 x 150 = RM1350, duit khemah RM 150, sedekah kurma RM 2.99 x 100 = RM 354.00, buku Yasin = RM 2. 30 x100=rm230 dan sticker RM 0.60. Majlis berjalan dengan lancar. Kumpulan Yasin perempuan telah selamat pada pukul 4 petang...seramai 32 orang telah hadir, Kumpulan tahlil lelaki telah hadir pada pukul 9 malam seramai 25 orang .....syukur semuanya selamat. Esoknya 1.8.2010 kami berziarah pusara bonda di Sg Suloh, wa mengetuai bacaan yassin di kubur...selepas itu kami singgah di rumah ngah... mulanya aku ok saja...tapi tiba-tiba emosi aku ni bertukar menjadi bingung...hiba...sedih...dan segala yang negatif...ngah terima aku tetapi aku dapat rasakan dia tak selesa aku suami dan anak-anak ada di situ....semua yang aku buat tak kena...agaknya macam tulah perasaan orang kalau aku tunjukkan rasa tak suka...astagfirullah halazim....Minggu depan sabtu 7 hb ogos , ngah nak buat kenduri...separuh hati rasa nak pergi sebab walauapapun tahlil itu untuk arwah bonda, tapi separuh lagi berat sungguh-emosi aku akan berubah mendadak dan mangsanya suami dan anak-anak aku....kesian mereka...mungkin aku akan balik juga..aku nak berubat dengan Imam halizan...aku dapat rasakan ada yang tak kena pada diri aku...ni...
Ya Allah, dengan pengetahuanMu akan yang ghaib dan kemampuanMu dalam menciptakan. Hidupkan aku selama Engkau mengetahui bahawa kehidupan itu lebih baik bagiku. Ya Allah sesunggunya aku memohon rasa takut kepada Mu pada waktu sembunyi dan terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu dapat berkata yang benar pada waktu sedang rela dan marah. Dan aku memohon kepadaMu sederhana pada waktu kaya dan miskin. Dan aku memohon kepada Mu nikmat yang tidak akan habis. Dan aku memohon kepada Mu kesenangan yang tidak ada putusnya. Dan aku memohon kepada Mu rela menerima setelah takdirMu yang telah berlaku. Dan aku memohon kehidupan yang baik setelah kematian dan kebahagiaan melihat wajahMu dan kerinduan kepada perjumpaan dengan Mu, tanpa bahaya dan membahayakan dari fitnah yang menyesatkan.Ya Allah hiasilah kami dengan hiasan keimanan dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk yang telah mendapat petunjuk... (hadith riwayar nasai dan ahmad)

Wednesday, July 28, 2010

Berdoa, sabar, Nisfu Shaaban, Puasa


Hari Isnin dapat sms dan miss call dari supervisor , alhamdulillah...dia bagi dateline pada aku untuk hantar kepada dia apa sahaja sebelum 9 Ogos. Aku pun balas, insya allah...aku akan hantar sebelum 9 Ogos...lepas dapat message tu , aku rasa bersemangat semula.. insya allah aku akan siapkan tesis dan aku akan dapat phd....pagi tu, aku jumpa Amin...Alhamdulillah Allah telah utuskan Amin kepada aku...untuk menolong aku, Amin sanggup swap mengajar Islamic banking law dengan aku...jadi aku start ajar lepas raya iaitu 21 September, insya allah by that time aku dah submit sepenuhnya...Ya allah izinkanlah....semalam nisfu sha'aban...surprisingly abang Onn call ingatkan aku supaya baca Yassin 3 x pada malam Isnin tu, aku pun buka Yassin kena baca 3 x pertama doa semoga dipanjangkan umur , doa bacaan ke 2 supaya dimurahkan rezeki dan luaskan rezeki yang halal, aku doa moga dapatlah Phd ini dengan cemerlang, doa 3 supaya kami sekeluarga ditetapkan iman....Ya Allah...makbulkan hajatku ini ya...teringat pada arwah mak....tak pernah lupa pada puasa nisfu sha'aban dan baca yassin 3 x sehingga akhir hayat....Ya Allah kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku masih kecil...kau masukkanlah mereka ke dalam syurga firdaus me Ya Allah...Amin Amin Amin..Jadikanlah aku anak yang terbaik untuk mereka juga jadikanlah anak-anakku anak yang terbaik untuk aku dan suamiku...anak-anak yang soleh dan solehah dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan solehah dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..Amin Amin Amin

Friday, July 23, 2010

Percaya

saya percaya saya akan siapkan tesis Phd ini dengan sempurna sebelum hari Isnin
Saya percaya saya akan siapkan tesis Phd ini dengan sempurna sebelum hari Isnin
Saya percaya saya akan siapkan tesis Phd ini dengan sempurna sebelum hari Isnin
Saya percaya saya boleh laukannnya insya allah insya allah insyallah amin amin amin amin

Thursday, July 22, 2010

Perjuangan

Hari ni dah hari Khamis, aku ada Jumaat, sabtu dan Ahad untuk menyempurnakan First Draft tesis ini, minggu depan kelas tutorial akan bermula. Sempatkah aku...tapi tubuh ini terlalu berat nak ke komputer, tangan ini kaku nak mengetuk komputer, fikiran ini beku dan buntu bila melihat deraf yang telah ada. Ya Allah kuatkanlah semangatku...bukakanlah fikiranku...lapangkanlah dadaku..aku tidak mahu buat Phd sekali lagi, cukuplah ini yang pertama dan terakhir, Ya Allah izinkah aku sempurnakan tesis ini, Ya Allah bukakanlah dan lembutkan hati supervisor ku untuk membaca tesis ini. Ya Allah kurniakanlah aku internal dan external examiner yang baik, lembut, bertimbangrasa dan menerima pendapatku dengan baik..Ya Allah jadikanlah tesisku ini sebahagian daripada ilmu bermanfaat yang dapat menolong aku ketika di akhirat nanti...selesaikanlah perjuangan menulis tesis ini dengan sempurna dan penuh keinsafan Ya Allah....Aku terasa keseorangan dalam perjuangan yang belum selesai....Alhamdulillah Aku ada Engkau Ya Allah ..Engkaulah Peneman aku, Pendengar aku dan Pembimbing aku...Syukur Ya Allah ....Allah itu dekat...Allah itu di hati....Allah itu di mata...Allah itu di mana-mana sahaja....

Wednesday, July 21, 2010

Masa

di ambil dari blog Puan Roza....apa yang telah aku lakukan kepada masa yang allah berikan. Ya allah ampunkan dosaku...halalkan makan dan minumku...ya allah kuatkan semangat aku untuk sempurnakan tesisi ini .....Ya allah tolong aku ya allah hanya kepada engkau tempat aku mengadu......

Tuesday, July 20, 2010

TUGAS YANG BELUM SELESAI


pagi tadi ada kuliah Uk3152-Alhamdulillah selesai satu bab. Ya Allah sampaikanlah segala ilmuku ini kepada pelajar-pelajar ku.....Pergi bilik ambil buku-buku, ternampak satu buku Thesis Writing and Preparation For Viva-Voce written by Suhaimi Abdul Talib dan Junaidah Ariffin. Banyak juga panduan yang aku dapat. Last sekali lepas Zohor buka semula thesis, banyak le pulak nak dibuat dan dibetul....apa pun Ya Allah berilah aku taufik dan hidayah untuk sempurnakan thesis ini.....

Monday, July 19, 2010

Batu Pahat


Gerai vantage di Pasar Malam Batu Pahat- sangat murah semuanya bawah RM50.00
Sejak mak pergi menemui Allah SWT, setiap hujung minggu aku ke BP. Alhamdulillah aku dapat berjumpa abang Onn, itulah amanah emak kepada aku. Aku cuba tunaikan apa yang mampu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menunaikan amanah ini dengan ikhlas dan sempurna. Ya Allah Engkau Peliharalah abang ku , Engkau yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hanya kepadaMu Ya Allah aku berserah, aku cuba menjalankan tanggungjawabku semampu yang mungkin. Engklau kurniakanlah dia kesihatan yang baik, tenteramkanlah perasaanya. Engkau matikanlah dia dalam iman dan sempurna dan beriman. Begitu juga aku suamiku dan anak-anakku,matikanlah kami dalam sempurna dan beriman. Masukannlah kami dalam syurgamu Ya Allah...Al fatehah...

Friday, July 16, 2010

Jumaat yang mulia

Hari Jumaat adalah hari yang mulia-banyak barakahnya, banyak berlaku peristiwa pada hari ini. Pagi ini pelajar Postgrad dan Perundang telah menganjurkan bacaan yassin dan tahlil untuk allahyarhamah bonda Hajjah zabedah Binti Nordin. Saya hanya sempat menyumbang makanan di kantin, nasi gorang kampung, telor dan kuih dan teh o untuk mereka yang hadir. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar , Alhamdulillah(untuk 20 orang). Baru je dapat e-mail daripada Dr Anisah. Disebabkan aku tiada Phd dan Prof Madya, nama aku tidak tersenarai untuk menilai pembentangan proposal pelajar Phd....aku mulalah rasa tertekan. ya Allah...kuatkan semangat ku untuk menyempurnakan Phdku ini. Bukakanlah jalannya Ya Allah Nampakkanlah apa yang aku tidak nampak...

Wednesday, July 14, 2010

Phd....phd...phd...


Aku mesti submit tesis pada 7 hb September 2010,

Tapi aku tak tahu kenapa payahnya nak meyiapkan tesis ini,

Setelah kuhitung ku kira aku baru tulis 58,000 patah perkataan,

Aku masih terhutang 42,000 patah perkataan supaya genap 100,000 perkataan,

Ya Allah Engkau berilah aku taufik dan hidaya untuk menyiapkan tesis ini,

Aku hendak dapat Phd ini Ya Allah,

Ampunkanlah aku Ya Allah kerana selama ini aku lalai, leka dan terlupa,

Aku selalu tidak bersungguh-sungguh dalam pengajian ini,

Aku main-main, Ampunilah aku Ya Allah...Kuatkan semangat aku...Tabahkan hatiku....

Mak dah pergi meninggalkan aku ..

Dulu setiap saat dia mendoakan aku supaya aku dapat Phd...

tapi aku sia-siakan dopanya...Ampunkan Yan mak....

Mak doakan Yan mak lagi...ya...

Kembalinya Bonda tersayang ke rahmatullah


Orkid Putih Kegemaran Mak...Suci..Luhur..Ikhlas..Bersih dan Wangi...

Khamis, 1 Julai 2010, bersamaan 18 Rejab 1431 Hijrah jam 1.15 tengahari, kembalilah mak kepada Allah, pencipta seluruh alam. Aku tidak dapat bersama mak di saat terakhirnya...seperti yang telah mak pesan kepada aku...Yan,"mak akan senyap je bila yan dan kak ita tidak ada, mak tidak akan menyusahkan sesiapa". Itulah ibu yang paling aku hormati dan sanjungi, Alfatehah. mak seorang manusia yang solehah yang kehidupannya sentiasa memudahkan orang lain. Sehingga ke saat terakhirnya juga Allah sentiasa memudahkannya. Aku redha dan pasrah. Aku tahu ruh mak dah nampak pintu syurga dan tak sabar-sabar hendak ke sana. Segala pengurusan jenazah menjadi mudah. Alhamdulillah aku, kak ita dan abang Pit sempat melihat mak dikafankan dan sempat solat jenazah untuk mak....hanya itu solat terakhir bersama mak semasa jasad mak masih ada. Ya allah Engkau Ampunkanlah dosa ibuku...Engkau masukkanlah dia ke dalam syurgaMu Ya Allah, Engkaulah Lepaskanlah dia daripada azab kubur sebagaimana janjiMu kepada mereka yang menemui Mu di bulan rejab....Engkau golongkanlah dia dalam golongan orang yang beriman.Al fatehah

Tuesday, May 4, 2010

Bersangka baik dengan Allah


hari ni dah 13 hari aku berusia 40 tahun. Alhamdulillah aku masih bertahan untuk bangun solat tahajud. solat dhuha tu ada dua hari aku terlalai sebab student master exam dan sebab urusan kerja. Aku nak yang indah dan manis dalam usia midi ini. Aku tak nak sedih -sedih , aku nak positif. tapi Allah sentiasa menguji aku, sejak semalam airmata ni asyik mengalir bila ingatkan kata-kata PMDr ZZ,aku ni macam orang kampung, dia cakap dengan nada keras kepada aku tentang ilmunya,,tak apalah ini masa dia,,aku sebenarnya tak suka betul orang bercakap keras dan suka kondem orang ni macam Prof Dr AMMI, aku memang tension dan phobia. ya allah kenapalah engkau pertemukan aku dengan orang macam ni. jauhkanlah aku daripada orang macam ni. pertemukanlah aku dengan orang yang bersikap lemah lembut dan baik budi yang boleh menunjukkan aku kepada jalan yang benar. satu lagi yang buat airmata aku ni mengalir tiba-tiba ialah bila aku dapat tahu bilik mesyuarat akan digunakan untuk mesyuarat UKM SSM jumaat ini. hari jumaat ini ada majlis ceramah Prof Dr Haji MKI. Aku pun silap juga sebab aku tak book awal-awal bilik Mesyuarat. Tak apa aku belajar dari kesilapan. Agaknya apalah anggapan orang pada aku ini ya? bersangka baik sajalah kepada Allahkan. Aku seronok tengok kawan-kawan aku di FB, pergi Umrah pergi haji, Alhamdulillah aku dah pergi haji. insya allah aku pun akan pergi juga. Aku nak lupakan kisah silam aku . Cuma aku ni aku rasa ada penyakit, disebabkan aku dah puas menanggung hutang orang lain , aku kadang-kadang rasa takut nak berbelanja, simpanan pun tak ada juga . Ya allah kurniakanlah aku ketenangan untuk menghadapi dugaan mu ini ya allah sesungguhnya hidup ini hanya sementara, akhirat yang kekal abadi. Semoga aku dapat harungi hari ini dengan penuh kesabaran dan keimananan.

Monday, May 3, 2010

Peliharalah keluargamu dari api neraka

Suamiku selalu berkata,"Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tanagnkan." Dia telah buktikan katanya itu, dia tinggalkan aku dan anak-anak untuk bertugas di Sudan Gaji memang lumayan. Dah hampir dua tahun, dia kerja kat sana, setiap 60 hari dia balik cuti 18 hari, kadang-kadang 70 hari, suami aku baik dan bertanggungjawab, setiap hari dioa pasti telefon kami 3 kali sehari pukul 11.45 pagi , waktu Sudan pukul 5 pagi, pukul 5.30 petang, waktu Sudan 1 tengahari dan pukul 9.45 malam, waktu Sudan 6 petang. Tapi yang sedih, setiap kali nak cakap banyak, masa tidak mengizinkan...oklah yang..I love you, I miss you, berkodi, berkoyan ucapaan itu. Tinggallah aku di bumi Malaysia bersama anak-anak dan segala ujian dan cabaran. Hanya Allah yang tahu isi hati aku ni, kadang-kadang rasa penat sangat, tapi aku nak mintak tolong siapa? hanya Allah tempat aku bergantung...syukur dapat juga aku selesaikan kerja rumah dan tanggungjawab di tempat kerja dengan sempurna. Aku selalu berdoa supaya suamiku pulang semula ke malaysia dan kami hidup seperti dulu, walaupun gaji sederhana, kami kaya dengan kasih sayang...wang ringgit memang tidak dapat membeli kasih sayang walaupun berjuta haarganya.....aku harap dan berdoa semoga suami aku tidak lagi berpegang pada kata pepatah mengarut itu, ingatlah kepada firman Allah..."Peliharalah isteri dan anak-anak mu daripada terjerumus ke neraka jahanam". kamu akan ditanya tentang mereka pada hari lkebangkitan kelak..Sesungguhnya Maha Mengetahui fitrah manusia yang ingin dan berkehendak kepada kasih sayang. ya Allah kurniakanlah rahmaat mu kepada kami...

Sunday, May 2, 2010

Jodoh

Semalam Zuraidah , adik iparku singgah di rumah. Mereka dalam perjalanan ke kenduri kak Long Zaid di Port Dickson. Terimakasih Mek atas kiriman keropok dan sos cicah yang sedap. Merisik khabar, Alhamdulillah semua di kampung segar belaka. Dalam ketenangan ada pula khabar duka. Fadhilah , adik iparku tidak sesuai dengan tunangnya. Kesian Fadhilah, sampai hati lelaki itu melontarkan kata-kata menghina begitu. Kisahnya begini, Fadhilah dan tunangnya baru secara bertunang cuti raya Cina baru ni. Mereka ni pasangan match make. pasangannya ialah adik kepada bekas Cikgu adik iparku yang lain iaitu Eli. Mungkin si lelaki ini telah dipaksa ke atau terpaksa ke wallah hua'lam. Apa yang pasti, sikapnya menunjukkan beliau telah dipaksa rela untuk bertunang dengan adikku ini. Usia dia pun dah lanjut, 30 an, pelik sungguh, ada ke letak syarat setahun lepas kahwin baru boleh hidup bersama. Pelik tu pelik, orang kalau bujang excited nak beristeri, bila dah beristeri lagilah tak boleh berpisah. Ini belum rasa lagi dah letak syarat macam-macam. Adakah mereka ini sudah merasa yang tidak halal? Sehingga bila sampai kepada yang halal, dipinggirkan, nauzubillah himinzalik, lindungilah anak-anakku dan anak-anak Islam yang lain daripada bersifat dan janganlah ada sekelumit pun dihati mereka hasrat untuk bersikap begini, AMIN. Allah telah menunjukkan jalan yang lurus yang betul untuk kita sebagai manusia mengikutinya, ikutlah jalan kebenaran, tinggalkan segala jalan yang sesat.

Wednesday, April 21, 2010

Selamat Hari Lahir ke 40

Semalam , Selasa , 20 April 2010, merupakan tarikh kelahiranku. Setiap tahun aku menyambutnya dengan penuh syukur ke hadrat Allah kerana Allah masih mengizinkan aku bernafas di buminya yang indah dan penuh rahmat. Tetapi, kali ini ia sangat berbeza kerana ia merupakan hari kelahiranku yang ke 40. Sejak seminggu yang lalu, aku mula berfikir dan merenung, apakah yang telah aku lakukan selama ini? Usia perkahwinanku baru 11 tahun. Aku dah berkhidmat dengan UKM selama 16 tahun. Berapa lama aku dah solat? Berapa lama aku dah puasa? Berapa banyak amal jariah yang telah aku tunaikan? Aku cuba memujuk diriku, yang lepas biarlah ia berlalu, yang mendatang jadikanlah ia petunjuk untuk aku mengubah sempadan imanku.
"Ya Allah! Aku bersyukur di atas segala rahmat yang Engkau telah berikan kepadaku, namun hambaMu ini selalu alpa dan lalai dalam mensyukuri nikmatMu, ampunilah aku ya Allah. Ya Allah Engkau kurniakan aku taufik dan hidayah supaya aku dan keluargaku sentiasa beribadah kepada Mu, sentiasa membuat kebajikan kepada manusia. Ya Allah! Lindungilah kami dari gangguan jin, syaitan dan manusia."
Aku cuba jadikan usia midiku penuh indah dengan amalan tahajud dan zikrullah juga membuat kebajikan dan amal jariah kepada keluarga dan manusia.