Sunday, June 10, 2012

Airmata dan sedeh di hati adalah teman setiaku

Ya allah ya Rabbul Jalil, sesugguhnya hanya Engkau temanku , hanya Engkau Penawar Hatiku...namun Ya Allah Janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu melakukannya..Setiap hari kulalui dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan..Ya Allah aku cuba lupakan kedukaan dan kesedihan di hati ini dengan menyelesaikan tanggungjawab ku kepada anak-anak dan tugasanku di pejabat. Tapi aku tahu aku tidak mampu mengatasi kehendak mu, aku redha dengan ujianMu..Ya allah...mudah-mudahan suami aku sihat dan capaikanlah segala hasratnya. Aku mohon biarlah aku yang pergi mengadapMu terlebih dahulu untuk kebahagiaan  dan keharmonian jiwa dan raganya. Amin Ya Rabbal Alamin

Tabahkan hatiku ya Allah

Baru sekejap tadi Fatehah , Ayah , Naqib dan Hidayah berlalu pergi. Terimalah hakikat bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Fatehah bukan milikku tapi milik Allah. Oleh itu, terpulanglah kepada Allah hendak menyerahkan dia kepada siapa juga .Begitu juga suami kita, hatinya hanyalah milik Allah bukan aku...

Friday, June 8, 2012

missing you....my dearest sayang...

Cuba teka yang mana satu my sayang? emmm yang nampak perut tulah my ayang...I miss you sayang, walaupun kita berskype setiap hari, I still miss something...ibu kena kuat semangatkan...ya allah engkau peliharalah suamiku, kurniakanlah dia kesihatan yang baik, ketabahan hati, kekuatan iman dan kemudahan dalam segala urusan pekerjaannya. Engkaulah sebaik-baik penjaganya.ya allah...tabahkan hatiku, kurniakan aku kesabarab dan ketabahan...masukkanlah aku suamiku anak anakku kedua ibubapa kami dan bang onn ke dalam syurga firdaus mu tanpa hisab....ya allah pertemukanlah anak-anakku dengan jodoh yang soleh dan solehah semoga generasi penyambung kami ialah generasi al quran yang sentiasa dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami di akhirat kelak...amin amin amin

18 Rejab .....

kenangan bersama bonda tercinta

Mulanya nak pergi Kidzania bawa anak-anak. tetapi setelah berkali-kali fikir, tergerak pulak hati ini nak balik BP ajelah. lagipun , muka abang Onn nampak sedih aje. Rindu rumah dia agaknya. Aku pun bertekad ambil cuti hari Rabu hingga Jumaat. hari Selasa tu, tempat pertama kami tuju ialah Pejabat Tabung haji BP, harap harap bolehlah selesaikan hal abang Onn . Tetapi rupanya banyak proses yang perlu dibuat. Pertama , kami mesti dapatkan sijil pengesahan kematian arwah mak. kami pun bergegas ke Pejabat pendaftaran BP, kami diberitahu perlu isi borang akuan daftar lambat. Aku pun ambil dan terus balik rumah, aku pun tak tengok-tengok kandungan borang tu...malam tu pergi rumah ngah, alhamdulillah ngah bagi gera kg istana...alahai mat Faisal lama lagi tempoh pengambilan Kg Istana tu tahun 2085...entahlah masa tu aku pun dah dialam barzakh insya allah. So, esoknya pagi-pagi call mat, sebab dia akan bersama -sama aku ambil surat sumpah. Bila aku tengok borang tu, allah akhbar, surat akauan sumpah daftar kelahiran...aku pun naiklah ke pej pendaftaran sekali lagi, alhamdulillah di BP tak sesibuk di Kajang. Pegawai tu pun terangkan kepada aku prosedur sebenar. Oklah ..bergegas ke Mahkamah BP utk surat akun sumpah. Alhamdulillah selesai . Terus ke Pejabat Pendaftaran...aku ambil kesempatan fotostat geran rumah kg istana , borang surat sumpah ic mat ic aku ...dan terus ambil no. dan naik atas. Setelah selesai urusan, pegawai tu beritahu, permohonan ini lewat so kena dapat kelulusan di JB.lebihkurang 1 bulan lagi..itulah ceritanya...menapak pulak ke Pejabat Tanah BP, dan ambil borang harta pusaka, still..perlu ada surat mati..aku abg onn dan mat pun makan di kedai roti canai pesta...dan terus balik...aku tidur sampai pukul 1.000 dan ajak anak-anak keluar makan di BP mall. mak aii ramainya remaja ooo baru teringat ada cerita Jalan Kembali Bohsia 0ada soffi jikan berlakon...kami pun balik ke kondo semula dan sambung tidur...percutian tidur....alhamdulillah semalan kami dah beli maxis wireless modem , bukuk cerita dan bahan makanan minda....pagi tadi pergi rumah ngah, ambik durian ...singgah rumah busu atas dan ziarah kubur mak..sambil bersihkan...hari ni pada 18 Rejab 2 tahun lalu mak pergi ke rahmatullah. semoga roh mak di golongkan dalam golonagan orang yang beriman . semoga mak sedang tidur nyenyak sehingga pada hari qiamat kelak....percutian kali ni banyak menyedarkan aku tentang tanggungjawab, kewajipan, kesabaran dan silaturrahim. Aku juga berdoa semoga abang Onn terus tinggal dengan aku sehingga ke akhir hayatnya. Bagus juga ada dia buat teman aku...walaupun berat bahu memikul aku rasa seronok bila lihat dia gembira..sekurang-kurangnya aku dapat lupakan kesedihan aku hidup tanpa suami di sisi, biarpun ia hanya sepurnama , kesedihan dan kesunyian tetap terasa. tapi aku kena kuat sebab anak aku, abg onn semuanya bergantung pada aku untuk terus hidup...aku pula hanya bergantung kepada Allah...aku teringat zikir ya allah ya razzaq ya wali ya bari...allah yang memberi rezeki , menjaga dan membuat pilihan untuk kami semua...amin....