Sunday, December 4, 2011
berakhirnya kelas MBL 2011
Alhamdulillah berakhir sudah kelas MBL 2011. Seronok mengajar pelajar-pelajar MBL ni, banyak yang saya belajar sambil mengajar. Dah 7 tahun tak mengajar Islamic Legal System, Introduction to malaysian Legal system, Bila dah mula mengajar rasa seronok pulak, mungkin dah sampai masa untuk update buku Apa itu undang-undang Islam.
Saturday, December 3, 2011
Salam Maal Hijrah ....
Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah tahun hijrah pada tahun ini disambut di Batu Pahat. Syukur aku dan anak-anak dapat baca Yassin bersama-sama , sama -sama membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Ya Allah , aku bermohon kepada Mu jadikanlah tahun ini tahun yang penuh rahmat dan barakah. Engkau kunrniakanlah kami anak yang soleh dan solehah, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anakku...engkau ringankanlah jodoh mereka, pertemukanlah mereka jodoh yang soleh dan solehah.....engkau murahkanlah rezeki kami Ya allah...
hari Selasa 29.11.2011 adalah harijadi sayangku yang ke 49 , syukur kepada Allah kerana malam sebelumnya kami berkesempatan mengikuti wirid asmaul husna di masjid pesta, aku pun berdoa dan berdoa semoga allah menajangkan usia suamiku, diberikan suamiku aku dan anak anakku taufik dan hidayah agar kami sentiasa beriman kepadaNya...diberi taufik dan hidayah agar kami sentiada di dalam perlindungan Nya....Dimurkan rezeki , diberi keluasan dalam kehidupan.....
AMIN..permulaan hijrah yang manis...sekali..semoga ia kekal begitu selamanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)