Sunday, December 4, 2011

berakhirnya kelas MBL 2011

Alhamdulillah berakhir sudah kelas MBL 2011. Seronok mengajar pelajar-pelajar MBL ni, banyak yang saya belajar sambil mengajar. Dah 7 tahun tak mengajar Islamic Legal System, Introduction to malaysian Legal system, Bila dah mula mengajar rasa seronok pulak, mungkin dah sampai masa untuk update buku Apa itu undang-undang Islam.

Saturday, December 3, 2011

salam maal hijrah

salam maal hijrah

Salam Maal Hijrah ....

Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah tahun hijrah pada tahun ini disambut di Batu Pahat. Syukur aku dan anak-anak dapat baca Yassin bersama-sama , sama -sama membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Ya Allah , aku bermohon kepada Mu jadikanlah tahun ini tahun yang penuh rahmat dan barakah. Engkau kunrniakanlah kami anak yang soleh dan solehah, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anakku...engkau ringankanlah jodoh mereka, pertemukanlah mereka jodoh yang soleh dan solehah.....engkau murahkanlah rezeki kami Ya allah...
hari Selasa 29.11.2011 adalah harijadi sayangku yang ke 49 , syukur kepada Allah kerana malam sebelumnya kami berkesempatan mengikuti wirid asmaul husna di masjid pesta, aku pun berdoa dan berdoa semoga allah menajangkan usia suamiku, diberikan suamiku aku dan anak anakku taufik dan hidayah agar kami sentiasa beriman kepadaNya...diberi taufik dan hidayah agar kami sentiada di dalam perlindungan Nya....Dimurkan rezeki , diberi keluasan dalam kehidupan.....
AMIN..permulaan hijrah yang manis...sekali..semoga ia kekal begitu selamanya....

Saturday, June 11, 2011

mid term school holidays



Cuti sekolah telah sampai ke penghujungnya. Mari muhasabah apa yang telah aku lakukan untuk keluarga. Anak-anak ibu, ibu minta maaf ibu terlalu memikirkan keperluan dan kehendak ibu sehingga terlupa keperluan dan kehendak anak-anak. Ibu sedar ibu terlalu mementingkan tugas sehingga lupa nak bawak anak -anak jalan. Insya allah ibu akan belajar dari kesilapan ini dan kita akan pergi jalan-jalan dan manfaatkan sebaik mungkin masa yang ada pada cuti yang akan datang ya.



Friday, June 10, 2011

2011

Tahun 2011 ini ada banyak peristiwa berlaku:
1. Suamiku dah bekerja di Exxon Mobil malaysai
2. Nur Fatehah Hayati telah bersekolah di Sekolah Sains Cheras.
3. Alhamdulillah aku dah selesai viva, sedang buat correction

Post Viva Mood

Lamanya aku tidak mencurah idea di blog ini, banyak yang hendak diceritakan. Alhamdulillah aku dah viva pada 26 hb April 2011 dan aku sedang buat correction. Aku hanya diberi notis 3 hari sahaja sebelum viva. Walau apa pun , aku perlu submit bounded thesis sebelum bulan September, itylah janjiku kepada diriku sendiri. Aku nak berubah...aku kena berubah...aku metsi berubah...Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk konsisten dalam bertahajud kepadaMu...capaikanlah hajatku ini untuk mendapat Phd dan murahkanlah rezeki ya Allah.