Tuesday, May 4, 2010

Bersangka baik dengan Allah


hari ni dah 13 hari aku berusia 40 tahun. Alhamdulillah aku masih bertahan untuk bangun solat tahajud. solat dhuha tu ada dua hari aku terlalai sebab student master exam dan sebab urusan kerja. Aku nak yang indah dan manis dalam usia midi ini. Aku tak nak sedih -sedih , aku nak positif. tapi Allah sentiasa menguji aku, sejak semalam airmata ni asyik mengalir bila ingatkan kata-kata PMDr ZZ,aku ni macam orang kampung, dia cakap dengan nada keras kepada aku tentang ilmunya,,tak apalah ini masa dia,,aku sebenarnya tak suka betul orang bercakap keras dan suka kondem orang ni macam Prof Dr AMMI, aku memang tension dan phobia. ya allah kenapalah engkau pertemukan aku dengan orang macam ni. jauhkanlah aku daripada orang macam ni. pertemukanlah aku dengan orang yang bersikap lemah lembut dan baik budi yang boleh menunjukkan aku kepada jalan yang benar. satu lagi yang buat airmata aku ni mengalir tiba-tiba ialah bila aku dapat tahu bilik mesyuarat akan digunakan untuk mesyuarat UKM SSM jumaat ini. hari jumaat ini ada majlis ceramah Prof Dr Haji MKI. Aku pun silap juga sebab aku tak book awal-awal bilik Mesyuarat. Tak apa aku belajar dari kesilapan. Agaknya apalah anggapan orang pada aku ini ya? bersangka baik sajalah kepada Allahkan. Aku seronok tengok kawan-kawan aku di FB, pergi Umrah pergi haji, Alhamdulillah aku dah pergi haji. insya allah aku pun akan pergi juga. Aku nak lupakan kisah silam aku . Cuma aku ni aku rasa ada penyakit, disebabkan aku dah puas menanggung hutang orang lain , aku kadang-kadang rasa takut nak berbelanja, simpanan pun tak ada juga . Ya allah kurniakanlah aku ketenangan untuk menghadapi dugaan mu ini ya allah sesungguhnya hidup ini hanya sementara, akhirat yang kekal abadi. Semoga aku dapat harungi hari ini dengan penuh kesabaran dan keimananan.

Monday, May 3, 2010

Peliharalah keluargamu dari api neraka

Suamiku selalu berkata,"Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tanagnkan." Dia telah buktikan katanya itu, dia tinggalkan aku dan anak-anak untuk bertugas di Sudan Gaji memang lumayan. Dah hampir dua tahun, dia kerja kat sana, setiap 60 hari dia balik cuti 18 hari, kadang-kadang 70 hari, suami aku baik dan bertanggungjawab, setiap hari dioa pasti telefon kami 3 kali sehari pukul 11.45 pagi , waktu Sudan pukul 5 pagi, pukul 5.30 petang, waktu Sudan 1 tengahari dan pukul 9.45 malam, waktu Sudan 6 petang. Tapi yang sedih, setiap kali nak cakap banyak, masa tidak mengizinkan...oklah yang..I love you, I miss you, berkodi, berkoyan ucapaan itu. Tinggallah aku di bumi Malaysia bersama anak-anak dan segala ujian dan cabaran. Hanya Allah yang tahu isi hati aku ni, kadang-kadang rasa penat sangat, tapi aku nak mintak tolong siapa? hanya Allah tempat aku bergantung...syukur dapat juga aku selesaikan kerja rumah dan tanggungjawab di tempat kerja dengan sempurna. Aku selalu berdoa supaya suamiku pulang semula ke malaysia dan kami hidup seperti dulu, walaupun gaji sederhana, kami kaya dengan kasih sayang...wang ringgit memang tidak dapat membeli kasih sayang walaupun berjuta haarganya.....aku harap dan berdoa semoga suami aku tidak lagi berpegang pada kata pepatah mengarut itu, ingatlah kepada firman Allah..."Peliharalah isteri dan anak-anak mu daripada terjerumus ke neraka jahanam". kamu akan ditanya tentang mereka pada hari lkebangkitan kelak..Sesungguhnya Maha Mengetahui fitrah manusia yang ingin dan berkehendak kepada kasih sayang. ya Allah kurniakanlah rahmaat mu kepada kami...

Sunday, May 2, 2010

Jodoh

Semalam Zuraidah , adik iparku singgah di rumah. Mereka dalam perjalanan ke kenduri kak Long Zaid di Port Dickson. Terimakasih Mek atas kiriman keropok dan sos cicah yang sedap. Merisik khabar, Alhamdulillah semua di kampung segar belaka. Dalam ketenangan ada pula khabar duka. Fadhilah , adik iparku tidak sesuai dengan tunangnya. Kesian Fadhilah, sampai hati lelaki itu melontarkan kata-kata menghina begitu. Kisahnya begini, Fadhilah dan tunangnya baru secara bertunang cuti raya Cina baru ni. Mereka ni pasangan match make. pasangannya ialah adik kepada bekas Cikgu adik iparku yang lain iaitu Eli. Mungkin si lelaki ini telah dipaksa ke atau terpaksa ke wallah hua'lam. Apa yang pasti, sikapnya menunjukkan beliau telah dipaksa rela untuk bertunang dengan adikku ini. Usia dia pun dah lanjut, 30 an, pelik sungguh, ada ke letak syarat setahun lepas kahwin baru boleh hidup bersama. Pelik tu pelik, orang kalau bujang excited nak beristeri, bila dah beristeri lagilah tak boleh berpisah. Ini belum rasa lagi dah letak syarat macam-macam. Adakah mereka ini sudah merasa yang tidak halal? Sehingga bila sampai kepada yang halal, dipinggirkan, nauzubillah himinzalik, lindungilah anak-anakku dan anak-anak Islam yang lain daripada bersifat dan janganlah ada sekelumit pun dihati mereka hasrat untuk bersikap begini, AMIN. Allah telah menunjukkan jalan yang lurus yang betul untuk kita sebagai manusia mengikutinya, ikutlah jalan kebenaran, tinggalkan segala jalan yang sesat.