Meniti Usia Midi Yang Indah
Sunday, March 10, 2013
Bagaimana mendidik anak menjadi manusia yang sentiasa bersyukur?
Pagi tadi semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Norhafizah di radio IKIM, ada satu petua yang patut digalakkan kepada didrku dan anak-anak supaya menjadi seorang manusia yang sentiasa bersyukur, selalulah membaca surah ar rahman.
Wednesday, November 14, 2012
Doa
Surah Al Ahqaf : 15
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada mu dan sungguh aku seorang Muslim..
Anak anakku sentiasa lah amalkan doa ini selepas solat..
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada mu dan sungguh aku seorang Muslim..
Anak anakku sentiasa lah amalkan doa ini selepas solat..
salam maal hijrah 1434
Salam maal hijrah kepada semua. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah kerana aku masih berpeluang menikmati segala nikmat dan rahmat Mu yang tidak pernah putus putus . Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Di malam yang penuh barakah ini, hati ini teringat sangat kepada suami ku yang tercinta...teringat saat saat kami baca doa akhir tahun dan awal tahun bersama...tetapi tahun ini sangat berbeza...tapi syukur Allah masih ada dan anak anakku masih ada...Ya Allah tenangkanlah hatiku ini, bersihkanlah hatiku ini, buangkanlah segala dendam kesumat dan kesedihan...Sesunggunya Allah sentiasa menguji hambanya....Sabarlah duhai hati...Sabarlah duhai hati ...sabarlah duhai hati...Hanya Allah tempat ku bermohon...hanya Allah tempat ku mengadu...Aku bersyukur aku seorang Muslim...di mana mana pun aku tetap ada Allah...Aku rindu pada makkk aku rindu pada abahhh...tapi semua orang yang aku sayang ...telah pergi jauhhh dari akuuu
Sunday, September 23, 2012
Doa ketika anak mengambil peperiksaan
Puteri sulungku telah menghadapi peperiksaan UPSR baru baru ni, dan esok hingga hari Khamis, beliau akan menduduki peperiksaan PSRA pula. Insya allah amalan yang cuba ku lakukan semasa beliau menjalankan peperiksaan ialah :
1. Ambil wuduk;
2. Mengadap Qiblat;
3. Baca Asyahadah 3kali;
4.Baca Surah Al Fatihah 10 kali
5.Baca Surah 3 Qul - setiap 1 sekali
6. Baca Surah Al Insyirah -1 kali
7. Selawat -10 kali
8.Surah Yassin 1 kali
9.Surah Al Insyirah 100 kali
10. Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak kita menghadapi peperiksaan dengan mudah dan tenang.
11. Sentiasa berdoa : Ya Allah Kami mohon DaripadaMu Kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
12. Ya Allah persiapkanlah kami akan urusan kami dengan pertunjukMu (Wa Hayyi' lana min amrina rasahada)...
1. Ambil wuduk;
2. Mengadap Qiblat;
3. Baca Asyahadah 3kali;
4.Baca Surah Al Fatihah 10 kali
5.Baca Surah 3 Qul - setiap 1 sekali
6. Baca Surah Al Insyirah -1 kali
7. Selawat -10 kali
8.Surah Yassin 1 kali
9.Surah Al Insyirah 100 kali
10. Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak kita menghadapi peperiksaan dengan mudah dan tenang.
11. Sentiasa berdoa : Ya Allah Kami mohon DaripadaMu Kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
12. Ya Allah persiapkanlah kami akan urusan kami dengan pertunjukMu (Wa Hayyi' lana min amrina rasahada)...
Sunday, June 10, 2012
Airmata dan sedeh di hati adalah teman setiaku
Ya allah ya Rabbul Jalil, sesugguhnya hanya Engkau temanku , hanya Engkau Penawar Hatiku...namun Ya Allah Janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu melakukannya..Setiap hari kulalui dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan..Ya Allah aku cuba lupakan kedukaan dan kesedihan di hati ini dengan menyelesaikan tanggungjawab ku kepada anak-anak dan tugasanku di pejabat. Tapi aku tahu aku tidak mampu mengatasi kehendak mu, aku redha dengan ujianMu..Ya allah...mudah-mudahan suami aku sihat dan capaikanlah segala hasratnya. Aku mohon biarlah aku yang pergi mengadapMu terlebih dahulu untuk kebahagiaan dan keharmonian jiwa dan raganya. Amin Ya Rabbal Alamin
Tabahkan hatiku ya Allah
Baru sekejap tadi Fatehah , Ayah , Naqib dan Hidayah berlalu pergi. Terimalah hakikat bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Fatehah bukan milikku tapi milik Allah. Oleh itu, terpulanglah kepada Allah hendak menyerahkan dia kepada siapa juga .Begitu juga suami kita, hatinya hanyalah milik Allah bukan aku...
Friday, June 8, 2012
missing you....my dearest sayang...
Cuba teka yang mana satu my sayang? emmm yang nampak perut tulah my ayang...I miss you sayang, walaupun kita berskype setiap hari, I still miss something...ibu kena kuat semangatkan...ya allah engkau peliharalah suamiku, kurniakanlah dia kesihatan yang baik, ketabahan hati, kekuatan iman dan kemudahan dalam segala urusan pekerjaannya. Engkaulah sebaik-baik penjaganya.ya allah...tabahkan hatiku, kurniakan aku kesabarab dan ketabahan...masukkanlah aku suamiku anak anakku kedua ibubapa kami dan bang onn ke dalam syurga firdaus mu tanpa hisab....ya allah pertemukanlah anak-anakku dengan jodoh yang soleh dan solehah semoga generasi penyambung kami ialah generasi al quran yang sentiasa dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami di akhirat kelak...amin amin amin
Subscribe to:
Posts (Atom)